February 12, 2010

Tunggu

Penantian satu penyeksaan. Ayat cliche korang boleh jumpe dalam novel2 cinta. Tapi sumpah aku tak penah baca 1 pon. ehem. Tepikir plak aku tadi..penantian diambil dr perkataan nanti, maka kenapa tidak kita mnggunakan PENUNGGUAN untuk maksud yang sama? Oh, mungkin ada elemen seram di situ. Aku bukan guru bahasa melayu, tapi nampak tak aku cube nak tulis tanpa typo. hohoho. Sekarang, dalam jam ini, aku sedang menanti. Apa rasa? pelbagai rasa. Contoh-contoh keadaan yang aku tak suka untuk tunggu (dimana saya akan berasa cemas):

1. Tunggu result exam (UPSR, PMR, SPM, UiTM)
2. Tunggu nak jumpa supervisor
3. Tunggu nak ambil test/quiz
4. Tunggu keutusan pilihanraya umum
5. Tunggu keputusan siapa akan terkeluar AF (tipu sikit)
6. Tunggu masuk interview
7. Tunggu macamane saya kene tunggu sekarang

Tapi tunggu sekarang cemas-cemas-excited-taksabar-tapi-masih-cool.

Saya tunggu. Doa semua lancar.
Aminkan doa saya. (kejap aku kejap saya)

gong-xi-fa-cai everyone!